Rabu, Februari 10, 2010

Selasa, Februari 09, 2010

KERATAN AKHBAR MENGENAI AKTIVITI SKUAD SAYANG SEPANJANG TAHUN

KERATAN DARIPADA AKHBAR HARIAN METRO
KERATAN DARIPADA AKHBAR SINAR HARIAN
AHLI -AHLI SKUAD SAYANG AMPANG BERSAMA DATIN RENY RAHAYU MELAWAT NORSHAMILA BINTI ABDUL MAJID YANG CEDERA AKIBAT DITETAK OLEH SUAMI DI HOSPITAL AMPANG. BELIAU KINI STABIL.





AHLI-AHLI SKUAD MELAWAT SEORANG IBU TUNGGAL DAN MEMBERI SEDIKIT SUMBANGAN UNTUK MERINGANKAN BEBAN BELIAU DALAM MEMBESARKAN 7 ORANG ANAKNYA DI BUKIT INDAH, AMPANG.

MAJLIS PERASMIAN SKUAD SAYANG YANG TELAH DIRASMIKAN OLEH YM RAJA DATUK ROPIAAH PADA 7HB FEBRUARI 2010.


LAWATAN KE RUMAH PUAN JAHARA BINTI DAGANG

Lawatan ke rumah Puan Jahara Binti Dagang di Permai Ria. Beliau adalah sebuah keluarga miskin yang memerlukan bantuan sumbangan kerusi roda daripada badan Kebajikan Masyarakat kerana beliau menghidapi penyakit strok dan tidak mampu berjalan. Ahli-ahli skuad yang prihatin memberi bantuan seperti beras dan makanan lain bagi meringankan beban beliau pada ketika itu.









LAWATAN KE RUMAH PUAN RAPEAH BINTI PANDAK

Ahli-ahli Skuad Sayang melawat ke rumah Puan Rapeah Pandak Hamzah yang menghidapi strok pada sebelah bahagian badan. Beliau juga salah sebuah keluarga yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Ampang.


LANGKAH MENGHADAPI BENCANA ALAM

JEREBU

Jerebu ialah fenomena atmosfera debu, asap dan lain-lain zarah yang tercemar terampai di udara kering. Keadaan ini akan menurunkan tahap kebersihan udara dan juga jarak penglihatan. Jika keadaan ini berterusan dalam satu jangkamasa yang lama, kesihatan kita boleh terjejas dengan teruk. Jerebu berpunca daripada keadaan alam semulajadi dan juga disebabkan oleh angkara manusia. Kebanyakan sumber jerebu disebabkan oleh buatan manusia seperti pembukaan kawasan perladangan, pembakaran hutan atau tanah gambut atau sampah di tapak perlupusan sampah secara besar-besaran.
Di negara kita, status kualiti udara dan jerebu diukur melalui Indeks Pencemar Udara (IPU).
  • Jerebu mengurangkan jarak penglihatan
  • Amalkan memakai perlindung muka semasa jerebu.
  • Memakai pelindung muka semasa jerebu mengurangkan risiko kesihatan.
  • ELakkan pembakaran terbuka.
  • Saki dada
  • Sakit mata
  • Mendengar pengumuman terkini dari pihak berkuasa mengenai jerebu.
INDEKS PENCEMAR UDARA (IPU)

Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikron dan beberapa jenis gas yang berbahaya kepada kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Penanda aras bacaan IPU adalah seperti berikut :


IPU STATUS
0-50 BAIK
51-100 SEDERHANA
101-200 TIDAK SIHAT
201-300 AMAT TIDAK SIHAT
301-500 BERBAHAYA

Jerebu yang berterusan boleh mendatangkan penyakit dan golongan yang berisiko tinggi adalah:
  1. Kanak-kanak
  2. Orang tua
  3. Penghidap penyakit lelah, bronkitis, pneumonia, batuk yang kronik, jantung dan alahan.
  4. Perokok
  5. Individu yang bekerja di luar pejabat atau rumah.

Tanda-Tanda Penyakit Yang Berpunca Dari Jerebu

  • Rasa gatal dibahagian tekak dan sentiasa batuk
  • Susah bernafas dan hidung tersumbat
  • Mata pedih dan berair
  • Hidung berair dan bersin berpanjangan
  • Gatal-gatal pada bahagian kulit
  • Rasa sakit dada.

Jika Jerebu Berpanjangan

  • Pesakit yang mengalami penyakit seperti selsema, bronchitis, lelah, sakit mata, jantung atau penyakit paru-paru kronik, perlu mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital bila tahap penyakit menjadi kritikal.
  • Golongan yang berisiko tinggi perlu mengambil ubatan yang disyorkan oleh doktor.
  • Perlindung muka hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan, atau di tempat yang berhabuk dan golongan yang berisiko tinggi.
  • Jika boleh, digalakkan beriadah bersama keluarga di rumah dan kurangkan kegiatan di luar rumah.
  • Digalakkan kerap mandi
  • Dinasihatkan sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Hidupkan alat hawa dingin kenderaan semasa memandu.
  • Minum air dalam kuantiti yang banyak.
  • Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok jika tahap IPU melebihi 100
  • Golongan yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di kawasan bebas jerebu sekiranya tahap IPU meningkat ke paras bahaya.
  • Berkongsi kenderaan atau gunakan kenderaan awam.

PATUHI ARAHAN PIHAK BERKUASA SEMASA JEREBU

RIBUT PETIR & KILAT


Ribut petir dan kilat merupakan fenomena biasa yang berlaku sepanjang tahun, selalunya pada waktu petang dan awal senja.
  • Apabila ribut petir/kilat mula melanda, dapatkan perlindungan samada di dalam rumah, bangunan atau kenderaan.
  • Jika berada di kawasan terbuka atau di dalam hutan, cari perlindungan di kawasan tanah rendah atau di bawah pohon rimbun yang rendah.
Jika Berada Di Rumah Atau Bangunan Ketika Ribut Petir Dan Kilat

  • Jangan mandi kerana peralatan di bilik mandi boleh menyalurkan arus elektrik.
  • Jangan gunakan telefon, kecuali semasa kecemasan.
  • Tanggalkan semua plag elektrik dan matikansemua peralatan elektrik seperti komputer dan alat penghawa dingin.

Perkara-Perkara Yang Perlu Dielakkan:

  • Berada di kawasan terbuka atau kawasan tinggi
  • Berlindung di bawah pokok-pokok tinggi.
  • Menggunakan telefon, peralatan elektrik dan elektronik
  • Memegang benda-benda daripada bahan logam.
  • Jangan ke laut dan patuhi arahan pihak berkuasa jika ribut berlaku.

HUJAN LEBAT & BANJIR

Banjir merupakan fenomena biasa yang berlaku di Malaysia terutamanya pada musim tengkujuh. Walau bagaimanapun, pembangunan di kawasan bandar yang tidak dirancang dengan teliti boleh menyumbang kepada berlakunya 'banjir kilat' terutamanya semasa hujan lebat.

Bajir lazimnya berlaku pada musim tengkujuh, di antara bulan November hingga Mac. 'Banjir Kilat' boleh berlaku pada bila-bila masa terutama sekali semasa hujan lebat. Bencana banjir boleh menyebabkan kerugian besar dari segi kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa.

Banjir juga boleh berlaku akibat empangan air yang pecah.


PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
  • Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan.
  • Periksa dan bersihkan semua lubang air samada longkang atau saluran perparitan.
  • Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan.
  • Pastikan pendawaian elektrik di ketinggian yang selamat
  • Elakkan membina bangunan di kawasan berisiko banjir.
  • Hubungi pihak berkuasa semasa banjir.

TINDAKAN SEMASA BANJIR
Di dalam Rumah

  • Dengar pengumuman dari radio
  • Simpan air bersih
  • Bawa masuk perabot dari luar rumah
  • Simpan dokumen penting di tempat yang selamat
  • Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
  • Jika diarahklan keluar dan berpindah, segera lakukan.
  • Ikut laluan yang ditentukan.

Di luar Rumah

  • Berpindah awal dan semasa siang, ianya lebih mudah dan selamat.
  • Pergi ke tempat tinggi dan selamat
  • Jangan bersiar-siar di kawasan banjir
  • Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh
  • Jangan minum air yang tercemar
  • Awasi kanak-kanak.

CUACA PANAS TERIK DAN KEMARAU

Cuaca yang terlalu panas boleh menyebabkan kematian dan meningkatkan penyakit bagi golongan yang berisiko tinggi, seperti kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU), orang tua dan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.

  • Cuaca panas terik
  • Tanah kering dan merekah
  • Air sungai kering kontang akibat kemarau

Apa yang perlu dilakukan bila cuaca panas berpanjangan?

  • Minum air dalam kuantiti yang sewajarnya.
  • Pakai pakaian yang tidak terlalu ketat, tidak berwarna terang dan menutupi sebahagian besar tubuh badan

  • Elakkan berada di bawah panas matahari untuk tempoh masa yang lama. Kerap mandi atau membasahkan badan, jika perlu.
  • Pakai topi atau payung yang boleh melindungi bahagian muka ketika berada di tempat terbuka.
  • Gunakan losen/krim pelindung suria pada bahagian muka ketika berada di tempat terbuka.
  • Pilih tempat yang redup jika terpaksa berada di luar rumah.
  • Jangan tinggalkan kanak-kanak dan orang tua di dalam kenderaan yang tingkapnya tertutup.
  • Elakkan daripada membuat kerja-kerja yang mengeluarkan peluh yang berlebihan
  • Jangan melakukan senaman fizikal, lakukan bersama teman dan berhenti berehat bila terasa letih.
  • Jangan membazir air.
  • Jangan membakar sampah di kawasan terbuka kerana boleh menyebabkan kebakaran besar berlaku.
GEMPA BUMI
Gempa bumi adalah gegaran di permukaan bumi disebabkan oleh:
  • Pergerakan kerak bumi
  • Pergerakan magma di dalam gunung berapi dan biasanya diikuti dengan letusan gunung berapi.
  • Perbuatan manusia seperti meledakan bahan letupan secara besar-besaran.
  • Tumpuan kandungan air yang sangat besar di empangan dan memasukkan atau mengeluarkan cairan ke dalam atau keluar dari bumi.

Gempa Bumi terjadi setiap hari, namun kebanyakannya dalam skala yang kecil dan tidak menyebabkan apa-apa kerosakan. Kekuatan gempa bumi diukur menggunakan Pengukur Ritcher, mulai dari skala satu hingga skala sembilan.



TANAH RUNTUH

Tanda-Tanda Atau Amaran Awal Berlakunya Tanah Runtuh
  • Keadaan pokok-pokok, tiang elektrik dan tiang telefon berubah menjadi senget atau condong ke satu arah atau tumbang.
  • Berlaku perubahan kepada jajaran barisan pagar rumah
  • Terdapat tanda rekahan di muka tanah di sekitar bangunan
  • Runtuhan tanah pada skala kecil.
  • Perubahan arah aliran air.
  • Terbentuk keretakan di dinding dan lantai bangunan.
  • Daun pintu dan tingkap bangunan sukar ditutup.

APA YANG PERLU DIBUAT UNTUK MENGAWAL BERLAKUNYA TANAH RUNTUH?
  • Elakkan daripada mendirikan bangunan di kawasan lereng bukit, berhampiran kawasan laluan air, dan kawasan lembah yang mudah terhakis.
  • Dapatkan nasihat pakar tentang kesesuaian tapak bangunan dan pembinaan di kawasan tersebut.
  • Untuk melindungi bangunan yang dibina di kawasan terdedah kepada risiko tanah runtuh:
  1. Tanam tanaman litup bumi untuk mengurangkan kesan hakisan terutama di kawasan cerun.
  2. Bina tembok penahan (retaining wall)
  3. Gunakan saluran gas dan paip air yang mudah lentur (bagi mengelak kebocoran)
  4. Menyelenggara sistem perparitan secara berkala.
  • Bina sistem perparitan yang mencukupi dan diselenggarakan dengan baik.

Rabu, Februari 03, 2010


aktiviti skuad sayang wanita Ampang didalam lawatan skuad sayang ke rumah warga miskin dan menghadapi sakit yang kronik di kg.tasek permai

Khamis, Januari 21, 2010

AKTIVITI SKUAD SAYANG AMPANG

MEMBANTU MANGSA KEJADIAN JAMBATAN RUNTUH DI KUALA DIPANG, KAMPAR, PERAK.






PENGERUSI SKUAD SAYANG, NAIB PENGERUSI DAN AHLI JAWATANKUASA.








PENGERUSI DAN NAIB PENGERUSI SEDANG MEMBINCANGKAN SESUATU DALAM MEMBANTU KELUARGA MANGSA KEJADIAN JAMBATAN RUNTUH DI KUALA DIPANG, KAMPAR, PERAK.










AHLI-AHLI SKUAD BERGAMBAR BERSAMA DENGAN KETUA WANITA UMNO MALAYSIA DATO' SERI SHAHRIZAT ABDUL JALIL DAN KETUA WANITA NEGERI SELANGOR RAJA ROPEAH PADA PELANCARAN RASMI SKUAD SAYANG.






SKUAD SAYANG BERSAMA PERDANA MENTERI & ISTERI DI PELANCARAN RASMI SKUAD SAYANG MALAYSIA.




PADA HARI PELANCARAN SKUAD SAYANG


UNTUK MENJADI AHLI SKUAD SAYANG AMPANG, SILA ISI BORANG DI BAWAH. CARA-CARA UNTUK MENDAPATKAN BORANG INI SILA TEKAN RIGHT KLIK PADA IMAGE, TEKAN 'COPY' ATAU 'SAVE PICTURE AS'. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI : 03-92852415 / 016-3633159